2021 Pertandingan Pentas Radio
Buat julung-julung kalinya, sekolah kami telah menyertai pertandingan Pentas Radio. Pertandingan Pentas Radio telah dianjurkan oleh A'Art sempena Bulan Bahasa 2021. Pada 11 September 2011, 4 orang pelajar Darjah 4 telah menyertai bengkel sebelum menyertai peraduan ini:
- Anaqi Fudail Danish (4 Honesty)
- Nur Sya’qilla Umairah (4 Excellence)
- Noor Aleena Eva ( 4 Resilience)
- Abdul Muhaimeen (4 Resilience)
Melalui bengkel ini yang telah dijalankan selama 2 jam, para pelajar mempelajari cara-cara untuk membaca skrip dengan penuh gaya dan ekspresi. Mereka juga diperkenalkan kepada kesan bunyi yang dapat dihasilkan untuk membuat persembahan Pentas Radio lebih menarik. Dengan bimbingan Cikgu Aishah, kumpulan Suara AIPS telah menghasilkan sebuah persembahan Pentas Radio yang bertemakan “Pengorbanan”.
Dengan sukacita, kami ingin mengumumkan bahawa kumpulan sekolah kita, Suara AIPS, telah berjaya merangkul gelaran juara di dalam pertandingan ini. Syabas, para pelajar sekalian! Moga kejayaan ini menyemarakkan lagi semangat dan minat para pelajar untuk mendalami bahasa Melayu.
Syabas, kumpulan Suara AIPS!