2021 Persahabatan Sedunia (International Friendship Day)
Pada tanggal 16 April, kami telah menyambut Hari Persahabatan Sedunia. Semua pelajar AIPS digalakkan memakai pakaian tradisional masing-masing untuk memeriahkan suasana sambutan pada hari itu. Banyak aktiviti menarik yang telah dijalankan dalam kelas Bahasa Melayu sempena sambutan Hari Persahabatan Sedunia. Melalui aktiviti dan permainan tersebut, para pelajar berpeluang untuk lebih mengenali tentang budaya negara-negara ASEAN.